Sunday, 26 January 2014

Segarkan mata yang lesu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Hari ni tetibe je nak share pasal mata..
Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia.

Mata dapat menggambarkan keadaan sebenar anda samada anda sedang gembira atau pun sedang sedih, dan ia juga tidak terkecuali jika anda keletihan sepanjang hari dengan kerja seharian. Keletihan pasti akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan. 

• Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata. 

• Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama. 

• Seterusnya, gabungkan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi. 

• Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan. 

• Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan menggunakan jari. 

• Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata. 

• Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.

Thursday, 23 January 2014

Angan-angan ku.. lalala

Assalammualaikum... Salam Sejahtera..

Angan-angan ku..?? !@#$%^&*()_+.. perghh.. mencarut.. hahahaha.. bukan mencarut.. saje wat gempak.. kenapa dengan angan-angan ku ke laut? sebab ntah la.. hehehe

mase umoq aku 10 11 taon macam 2 la kan, aku teringin sangat p TURKEY.. time 2 kan jejak rasul wat penggambaraan kat sana, lebih kurang macam 2 la..  hahaha.. 
aku rasa macam best sangat kat sana.. aku bukan tau sangat tempat ape yang menarik kat sana.. yang aku tau INSTABUL.. 2 je...


tapi paling aku suka ice cream turkey.. dengan gaya orang 2 buat 'magic'.. kalo la aku beli ice cream 2, n then orang 2 wat 'magic', confirm aku hangin kot.. hahaha.. mane taknye, dengan semangat kita nak ambil tetibe ice cream 2 hilang.. faham x ape aku cite ni.. hahaha


masa aku umoq 13 14 taon pula, aku teringin nak p paris, lepas aku tgk cite 'EIFFEL I'M IN LOVE' cite indon 2.. pergh... aku teringin nak p sana.. bukan nk p mane pon, just nak p menara eiffel 2 je.. 

tapi tempat 2 sesuai untuk orang berpasangan je.. tak macam aku ni, single mingle je.. hahaha.. aku pon xtau tempat ape lagi yang menarik... menara eiffel je yang aku tau..

masa aku umoq 15 16 pula, teringin sangat nak p negara mata sepet (cina, taiwan, jepun) even, aku minat giler cite cina dari kecik tp xterlintas pon nak p sana... 
start tgk Yang Chen Ling dalam cite 'Devil Beside You' terus aku rasa nk p taiwan.. dulu balik je sekolah ade lagu cina kat 8TV. aku layan sorang-sorang.. tapi sampai sekarang aku takreti cakap mandarin even hari hari layan lagu cina dan drama cina.


masa umuq 17 sampai abis belajaq Poli, aku minat korea.. biasala.. time 2 kan trend kpop.. walhal aku dah layan korea ni dah lama dah.. 1st cite korea yang aku tgk 'winter sonata, autumn in my heart, stairway to heaven, full house, memories of bali, super rookie'.. tu jela yang aku ingt.. start umuq 17 ni la aku tgk balik cite korea.. tp sikit je time 2 aku tgk.. lepas masuk poli, aku pelik tgk kawan2 aku baru nak layan korea.. cet.. padahal cite 2 dah lama, baru die nak tgk balik cite.. 
setengah tahun abis belajaq kat Poli, aku jumpe kawan sekolah.. nthen she ask me, 'do you still like chinese drama?' and I said, I'm still like chinese drama but, I more like korean drama.. nthe she said.. 'you curang'.. hahaha.. actually, I'm trying to cut watch korean drama. n now I go back to watch chinese drama.. hehehehe..