Friday, 13 April 2012

what? fat?? (-.-)

Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal .Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

a) Gemuk Air

•Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
•Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.


b) Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.


GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


c) Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan



GEMUK DAGING

Picit bahagian lengan tangan,korang akan merasa pejal dan padat.

Perbezaan GEMUK AIR, GEMUK ANGIN DAN GEMUK DAGING

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


Cara Mengatasinya

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan. Apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkarbonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar.

“Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka ianya akan disimpan dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan individu terbabit akan mengalami pertambahan berat badan,” ujarnya.

Oleh itu adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama diet menguruskan badan. Langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, diet yo-yo dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi hanya akan menemui jalan buntu.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan dan diet yang betul iaitu dengan;
* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.
Bagaimanapun, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan ingin menurunkan barat badan, beliau perlulah merujuk dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa program diet untuk menurunkan berat badan.

p/s: yg penting sekarang ni, gemuk ke kurus ke mesti jaga kesihatan.. xsemestinye kurus xde penyakit.. Allah nak uji kite sume.. nak suruh kite sume bersyukur ape yang telah Dia beri kepada hambaNya...

2 comments:

  1. Akak gemuk. Hehehe.. Petang kang nak naik tangga la instead of lift utk pegi ke parking lot. Heheh.

    ReplyDelete
  2. sye pon gemuk gak.... ramai ckp sye leh kurus.. yg masalahnye, saye ni malas..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.