Friday, 20 April 2012

AWAL DAN AKHIR

Assalammualaikum.. dan Salam 1 Malaysia..
Hari  ni zyera nak kongsi ilmu sikit..

Tau x nape tajuk ni Awal dan Akhir...
sebab, dari awal kite wujud di dunia sehingga akhir kite berada di dunia..

PERTAMA:
Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

KEDUA:
Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

KETIGA:
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

KEEMPAT:
Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

KELIMA:
Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam tanah setelah mati

KEENAM:
Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

KETUJUH:
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

KELAPAN:
Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, 
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.